Tuesday, January 5, 2016
ajet2 meredith grey
yada2
timah di sini
komer tau sejak dua menjak dok praktikal kat sepital nih
citA2 timah berubah setiap masa
dok posting paeds nak jadi ibu penyayang lagi jelitawan ala2 dr zahilah filzah (the founder of doktorbudak if you ask), then posting ong ajet nak jadik ala2 dr apa-kah-kejadahnya-nama-beliau-tu? yg sado, yg hensem (ehem) dr shazril? shazrul? hazril? apa2 jelah, tapi timah nak sado? jadi komodo ada la
pastu masuk posting internal medicine ajet nak jadik dr house.....
tak menahan...tinggi dak cita2 timah nak jadik dr house?
ajet iq 300 padahal 30 ja. hikhikhik
pastu mai part surgery plak.....
haaaaaaa
dengan dipengaruhi cerita grey's anatomy pulak....bila Timah masuk OT, dengan banggaya scrub tangan, pakai gown bagai, padahal hanyalah nak observe saja, pastu kena halau dari OT plak tu sebab taktau HB patient berapa.
kahkahkahkah
tapi takpa, penghinaan Timah jadikan tauladan..hidup perlu diteruskan
posting surgery paling tough antara banyak2 posting
tapi...
hang jangan main2, timah walau main2, main aci ligan kat koridor hospital, main tuuu..cak...dgn mayat tapi timah score paling gemilang dalam surgery okayyyyy
"nurse, bagi saya scalpel...hmm, ni ada bleeding, bagi saya gergaji, hmm, ni ada swelling ketegaq xmo surut, nurse bagi saya bulldozer...."
cenggitulah ceritanya cita2 Timah pada TAHUN LEPAS
tahun lepas ya anak2
bila masuk posting A & E
haaaaaaaaaa....tudia...code blue, code blue
padahal hanyalah naik van ambulans yg sikit masa lagi nak tercabut tayar okayyyy
takpa, at least semangat ada
majulah kesihatan untuk najib
#eh
Tuesday, December 29, 2015
hai, rindu titew?
Saturday, August 16, 2014
The curse of the tree
For 30 days local shamans at dawn of every day go to the tree they selected and gather around the tree. Then they start to swear and yell at that tree. They curse it.
After 30 days the tree falls down.
This theory means that if we shout at another person,
swear at him
and
curse him,
we kill his spirit.
Same goes to human being
Me and Usrah
yada2
Timah hapdet blog
So far semua tahu Timah dah kembali ke pangkal jalan dengan pulang dari mesir ke malaysia
Exam di Malaysia ya rabbiiiiiiiii
Ekau mengucap dulu sebelum jawab exam
takut2 tak sempat
wakakakakakakakaka
Allah ja tahu susahnya cmana
Nak maintain pointer tu, tercirit Timah
But still Timah
Ahahahha
Dulu kat Mesir Timah ada join usrah
Well setiap tahun Timah join usrah dari jemaah yang berbeza
Nak merasa setiap fikrah la bajetnya
Tapi ada satu benda jadik buat Timah tak jadik join usrah
mana-mana jemaah pun
Bila Timah balik malaysia, ada ja usrah2 kat uni Timah belajaq tu,
tapi Timah dah tawar hati
Allah ampunkan Timah dek kecelaruan minda Timah
Bagi Timah, kita tahu diri kita sendiri
Kalau dengan usrah kita rasa takdak progress terhadap kitab yang ada kat bahu kanan
Tak payahlaaa
Ramai kata Timah ateis usrah
Yakni tak terima kewujudan usrah
Whoahahahahaa, that is sort of extreme accusation you give me
Tarbiyah boleh cari di mana2
Tak semestinya dalam usrah
Dalam pengajian kita, kawan2, suasana sekeliling
Pelbagai tarbiyah yang boleh kita dapat
Cuma bergantung bagaimana perpektif tarbiyah dari kaca mata kita
Ehem..ehem..
Bercakap pasai tarbiyah plak
tapi Timah yakin, usrah banyak mengajar kita erti ukhwah yg sebenaqnya
Cuma Timah ja yang tawar hati
Setawar2 sungai ayer tawar
Hahahaha
Chow
Saturday, June 21, 2014
Review - The Orphan
Yada2
Timah update blog lagi
Pernah dengaq cita the orphan?
Tak penah?
Meh nak cerita
Mula briefing watak dulu
![]() |
| John sbg bapak |
![]() |
| ni max, adik esther. dia ni deaf + mute |
![]() |
| Daniel, adik Esther jugak, abg Max |
![]() |
| Esther, watak utama |
Tapi anak beliau mati dalam kandungan
So beliau pun sedih dan rasa kekosongan
Kerja dia as cikgu piano
Tapi dia berenti keja nak fokus jaga anak2
Dia pun cadang kat laki dia nak amek anak angkat bagi nak isi kekosongan yg dia rasa
John pun setuju
Depa pun pi umah anak2 yatim
Si Kate tgh cakap2 dengan penasihat rumah tu, si John pun berjalan2 sekitar rumah anak yatim tersebut
John sampai kat satu bilik, da sorang ja dalam bilik tu
Time ni lah John jumpa si Esther nih
Esther ni pandai cakap
Pandai amek hati dengan kecomelan beliau
John terus berkenan
Dia bincang dengan Kate
Depa pun setuju nak amek Esther as anak angkat depa
Max seronok gilerr dapat kakak
Iyalah, beliau pun bosan hidup sorang takdak kakak
Harapkan Daniel nak main dengan Max...memang tak dapatla...
Mula2 semua normal
Tapi makin lama Kate jadik makin pelik dengan Esther
Dia budak umur 9tahun tau
Tapi dia pandai main piano bagai
Sometimes cara percakapan Esther macam orang2 besar
Tapi Kate macam biarkan jelah ingat Esther tu mungkin hormon baru nak merembes
Ada satu malam tu Esther nak mandi
Memang budaya omputih mandi tk kunci pintu kot, diorang just tutup pintu tapi tak kunci
Tapi Esther setiap kali nak mandi, dia kunci pintu walau Kate dah cakap tak kunci pintu pun takpa, takut apa2 jadik
Kate mula pelik
Kate pun kemas barang2 Esther, tiba2 dia terjumpa satu Bible nih, kepunyaan Esther la
Dia cam pelik, takkan budak 9tahun simpan bible kot? Tempat tersorok pulak
Dalam bible tu ada gambaq lelaki2 tau
Esther perasan yang mak dia nampak Bible dia
Esther mula rasa terancam
Dia ingat mak dia dah tahu rahsia dia sebelum nih
Sejak tu dia mula dingin dengan Kate
Pastu penasihat rumah anak yatim yang Esther duduk dulu mai
Sembang dengan Kate dengan John pasai Esther
Esther dah memang resah gelisah habeh
Bila penasihat tu on the way balik, si Esther bunuh penasihat tersebut
Iya, bunuh.
Kate dah memang curiga habeh kat Esther, yang John kata, Esther tu cuma budak2 baru nak up
Sejak polis discover yang penasihat tu kena bunuh, memang Kate dok target Esther la
Sampaila satu tahap
Esther nak bunuh Daniel
Memang teruk la Daniel dikerjakan dek Esther
Sampai koma
Bila koma, Esther pi tekup bantal ke muka Daniel
Memang wassalam..
Kate yang tengah buat research pasai Esther tiba2 dapat call dari Institute di Russia yang Esther duduk sebelum nih
Kate ingatkan Institute tu untuk rumah anak2 terbiar or whatsoever yang berkaitan dengannya
Rupanya Institute tu macam hospital sakit mental
Say what????!!!
hahahaha
Sabar..sabar...
Kate yang time tu tengah dok hospital sebab histeria dengan Daniel tiba2 accident and coma terus bertambah kehisteriaan beliau
Doktor tu cerita, sebenaqnya Esther bukan gadis yang berusia 9tahun
Esther pada hakikatnya dah berusia 33tahun kot kalau tak silap
Esther ada penyakit hypopituitarism di mana segala hormon2 dalam badannnya tak boleh dirembes
So segala tumbesaran terbantut
Doktor tu jugak pesan agar jangan meninggalkan Esther sorang2
Kerana beliau salah sorang pesakit yang violent
Esther lari dari Institute tersebut
Time tu Esther kat rumah dengan John n Max
Max pura2 tidur
Time tu Esther pun pakai cantik2 semata2 nak mengorat John
Yup
Esther nak mengorat John
Esther walaupun dia tak membesar
Tapi naluri kewanitaan beliau membuak2
Esther nak perasaan dicintai oleh lelaki
Gambar2 lelaki yang ada dalam bible nya tu merupakan lelaki yang pernah jadik bapak angkat Esther dan pernah dipikat oleh Esther
Tapi of course la, budak 9 tahun weyyyyy
Of course la lelaki tu anggap Esther ni just nak kasih sayang as sorang anak ja
Bila esther direject, Esther bunuh ja lelaki2 tersebut
As simple as that
So nasib John sama la camtu
Sampaila Kate sampai umah depa dan sempat halang Esther dari bunuh Max
Dan depa bergelut2 pastu cmana ntah Esther mati dalam tasik belakang tepi umah depa
The End
My comment : iya cita ni dah lama, tahun 2009 tapi Timah baru perasan cita ni memang terbaik, bagi sapa2 yang suka psycho-thriller punya story, Timah cadangkan cerita ni, memang meletup! Dan max, max memang separa pekak ya. so Max dalam cerita tu as a deaf kid is true.
My warning : 18sx
So, all the best ramadhan nanti
Adios
Wednesday, June 11, 2014
Of men and their weirdness
yada2
Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bernafas
dan menhapdet blog
harini Timah nak taip ja apa yang terlintas dalam pikiran Timah
Whoahahahaha
![]() |
| Kalau dapat macam ni perangai pelik cmana pun Timah hadap ja. |
Scene 1:
Haritu mak ada suruh Abg D ni beli brang2 kat Giant
Takpala
Abg D pi la beli
Tapi dia pi dalam 5minit ja
Pastu dia mai balik kat kereta dengan troli yg sarat dengan barang2 yang mak Timah pesan
Fuyyoh!
5minit ja
Kalau Timah n mak Timah pi shopping barang2 at least sejam
SEJAM tahu?
Tengok2 apa yg dibeli:
Mak tempah beras 5kg
Dihentam beli 10kg
Mak tempah sabun SERBUK basuh baju cap X
Terus dihangkut liquid Dynamo hat besaq sekali
Mak pesan beli buah oren
Nak tahu ABg D beli apa?
Jus Twister
*The rest is history*
Scene 2:
Mak pesan kat Abg F untuk beli apa2 makanan beda nak buat minum petang
Tahu apa yang dibeli oleh si Abg F?
Segala mak nenek
Semua jenis kuih dia angkut
SEgala mihun, mee abu, mee sanggui, dan jugak sami
#Eh
Lepas tu memang mak Timah start meletiaq la
Sapa nak makan semua benda ni, kita bukan nak jemput satu taman, nak makan sekeluarga kita untuk 40 hari pun boleh la, bla.bla.bla.
Nak tahu Abg F jawab apa?
"La..kata suruh beli makanan?"
*The rest is history*
See, Timah taktau apa yang ada dalam pemikiran orang lelaki
Tetapi sumpah menarik
Tetapi sumpah rasa nak lempang jugak
Hahaha
So, Timah search kat internet
Timah jumpak yang nih
-The male brain is highly specialized, using specific parts of one hemisphere or the other to accomplish specific tasks.So maksudnya lelaki pikiaq secara terperinci.
Kalau nak suruh depa beli barang, just simply tell what the thing is
Jangan cakap pi beli makanan saja, cakap biaq terang, cth:pi beli mihun, dengan kuih sikit2. Lain tak payah.
Kalau tak jadik macam scene 2 kat atas
Men are able to focus on narrow issues and block out unrelated information and distractionsIni memang diakui turun temurun
Kalau dalam kuliah, Timah akan makan, kacau kawan, tengok henpon, potong kuku, berangan kawen pakai baju apa, kenapa lecturer pakai tie kaler biru tapi kemeja dia kaler hijau, kenapa budak laki duduk depan tak duduk kat belakang padahal depa tinggi gila menghalang pandangan orang belakang dan akhirnya barulah Timah akan figure out apa yang lecturer cuba nak ajaq
hahaha
Tapi Timah tengok budak laki tak berkutik sikit pun
Semedang kepala pandang lecturer
Mata tak berkelip
Fokus!
Men can narrowly focus their brains on specific tasks or activities for long periods of time without tiringIni Timah tengok kat ayah Timah
Beliau sangat tidak suka pasang radio time drive
Serabut kepala katanya
Jadik bila naik kereta dengan beliau
Samala macam dalam army dalam kawad
Takleh cakap, takleh buat bising
Hahahahaha
Kalau dak nanti driver serabut kepala
Dan lain2 lagi
Boleh google ja mengenai perbezaan lelaki dan pompuan
Sekarang Timah tengah baca buku
Tengoklah kalau Timah rajin nak review buku ni ke tak
So kalau nak summarize pompuan plak?
Here you go!
Chow!
Saturday, May 31, 2014
Book review-Handle with Care
yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Timah hapdet blog
bestnya
Timah baru beli internet
potong duit makan
semata2 nak beli internet
sobsobsob
So, satu sem dah habeh di Malaysia
Dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Tahun depan masuk hospital
InsyaAllah
Harini Timah nak review buku yang Timah baca
cam bagus ja
Takpala asal Timah bahagia.
Handle With Care - Jodi Picoult
Novel ni mengisahkan Charlotte
Anak dia, Willow ada Osteogenesis Imperfecta type III umur 6tahun
Adala satu hari ni dia nak pi Disneyland dengan family dia termasuk anak dia yg OI nilah
Sampai sana nak dijadikan cerita, anak dia patah kedua2 tulang paha disebakan kecuaian Charlotte and laki dia
Masuk hospital
Doktor suspek anak si Charlotte ni kena dera
So polis pun tangkap Charlotte and laki dia
n kakak si Willow tu kena masuk rumah untuk kanak2 yg kena dera
Semua ni sebab Charlotte lupa bawak surat bukti dari doktor yang mengatakan Willow ni ada OI
Tapi takpala, lepas tu semua dah setel bagai
Dep pun dah balik kampung depa
Si suami Charlotte ni polis tau
Dia rasa cam tercabar la sebab dia kena tangkap tanpa bukti yang kukuh
Iyalah, polis kena tangkap dengan polis kot
Malu woii
Dia bertindak nak saman pihak Disneyland tersebut
Pi pejabat guaman dengan Charlotte
Peguam tu nama Marin, Marin kata mustahil la nak saman Disneyland sebab depa buat kerja depa ja
So, tak jadik sama
Tapi Marin kata kalau nak saman, saman obstetrician yg rawat Charlotte masa mengandungkan Willow
ni dipanggil 'wrongful birth'
Sebab tak bagitau awal akan symptom yg Willow ada
Yeap OI boleh tahu dari seawal 20 minggu dalam kandungan
Charlotte takmau saman mula2
tapi bila mendengarkan pampasan yg akan Willow dapat serta penjagaan intensif, Charlotte terus bertindak memfailkan saman ke atas obstetrician, Piper yakni kawan baik dia sendiri.
Di sini mula segala bentuk konflik
Amelia kakak Willow stress, jadik bulimic
Piper, berenti dari practice dia
SUami charlotte mintak cerai
Memang macam2 sangat
"Almost every part in the novel story about how her baby monologued I'm sorry if my presence in this world break your heart as i break easily."
"And how charlotte cries, she means no harm. but why people around her could not understand her."
"For not being able to protect her daughter well enough as they're always short in financial to support equipment for her baby."
Sedih cita nih
Part last, Charlotte menang kes nih
Dapat 8 juta dollar
Tapi dia tak rasa macam menang pun
Instead she feels nothing is right
Dia hilang kawan baik dia
Even Willow
Willow mati kelemasan dekat tasik sebelah rumah dia
So in the end, 8juta tu takdak makna apa2
Things break all the time.Day breaks, waves break, voices break.Promises break.Hearts break.
So, Timah rasa buku nih memang the best
Inilah satu2 nya buku yg buat Timah menangis
Sobsobsob
Selain dari buku medik la
hahaha
Dan pada masa yg sama, Timah pernah jumpa sorang pesakit OI masa buat attachment kat hospital
So Timah rasa macam menarik
hahahahaha
So thats all
Tima kasih ye sebab membaca
Maybe lepas ni nak buat lagi book review
Cambest ja
Tuesday, December 24, 2013
Malaysia kupulang
Assalamualaikum
Haip
Dah lama timah tak hapdet
Ampun dan maap timah hulurkan
Sekarang timah dah tak duduk mesir
Dah kembali ke pangkal jalan
Muahahahaha
Malaysia mari weyyyy
Jangan tanya timah sambung mana
Ok
Mula2 timah rebel jugak
Makayah suruh pindah malaysia
Hati gua kat mesir weyh
Takkan nak pindah camtu saja
Barang2 lagi
Kawan2
Memori
Pakwe2
#Eh
Tapi sekarang dah almost 2 bulan belajaq kat malaysia
Dah rasa suasananya
Still takleh beat mesir
Tapi takpala
Hujan batu di negara mesir
Hujan air banjir di malaysia
Sekarang dah mula nampak susun atur Allah macam mana
Dah mula boleh terima kenyataan
Memang mula2 tu payah
Timah menangis every night
Tak cakap dgn makayah
Isolate myself
I know its wrong
But i cannot help it
Tapi bila balik malaysia
Dapat uni dekat2 rumah
Alhamdulillah
Haritu masuk hospital 4hari
Berangan nak balik egypt
Haritu ayah tak sihat, jaga ayah
Berangan lagi nak balik egypt
Haritu abang pindah keluar umah,tinggal mak ayah ja
Berangan jugak2 nak balik egypt
Fabiaiyiaalairabbikumatukazziban
Allah...
Sungguh timah rasa insap
Kalau sapa kata belajaq kat malaysia dah hilang thiqah sebab dah xdak nilai tarbiyah yg sama macam mesir
Mmg timah bagi palmar straight kat muka dia la
Apa anda ingat belajar di mesir bagus sangat sehingga mengabaikan tanggungjawab daripada makayah?
Apa anda ingat anda bagus sangat membiarkan makbapak anda kerisauan tiap2 hari memikirkan anda dengan melihat berita saban hari mesir makin teruk?
Apa anda ingat anda alim sangat dengan mengatakan tarbiyah budak mesir yg pindah malaysia terbang dibawa angin politik?
Apa anda ingat budak2 malaysia boleh menarik nafas lega walhal hati sesak menanggung rindu dendam pada tanah firaun itu?
Tolongla
Stop update nonsense status on fb regarding us
Budak2 mesir yg pindah malaysia
You dunno our feeling
But we know yours
And I seriously retain myself from banging my keyboard to comment on your rubbish status.
It hurts
To miss something badly
Its okay if it is 'someone'
But its not
Its 'someplace'
And it is miserable
Sunday, August 11, 2013
Riang Ria Raya
Hai..Hai..Hai
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua
Maaf zahir batin
Bercerita pasai raya
Ketupat rendang
Lagu raya
Solat raya
Baju raya
Kuih raya
Jalan raya..
#Eh
So berayalah timah di malaysia dengan riang ria raya nya
Biasalah balik kampung
Jumpa sanak saudara
Timah ada satu masalah besar
Besaq gila baq ang!
besaq la bagi timah
Oleh sebab Timah nih pompuan maka masalahnya tak lain tak bukan pasal aurat
Allahurabbi
Nak menjaga aurat sikit punya susah
Bila dengan sepupu sepapat
Kadang2 dengan tudung ke mana, jaket ke mana
stokin tak payah cerita, mmg masuk dalam mesin basuh tak keluaq2
haha
Ada sekali tu Timah tengah baik punya layan kuch2 hota hai, tiba2 ada orang bagi salam
Tak sempat nak jawab melompat bangun ala2 jet li sambil nak tarik tudung, tiba2 sepupu masuk menjengah ke dapur
*time freeze*
*garu kepala*
*speechless*
Kadang2 Timah marah, tapi Timah taktau nak marah kat sapa
Aisehmen
Oleh itu Timah sediakan satu alternatif utk Timah demi keamanan dunia sejagat
Kalaulah ada sanak saudara, sepupu sepapat datang ziarah umah dan terjadi detik2 kecemasan macam Timah sebentar tadi,
1. Relax and appear cool, perlahan2 tarik tudung atau suratkhabar atau2 apa2 yg sewaktu dengannya utk menutup kepala kemudian berjalan masuk bilik dan tukar pakaian yang tutup aurat
Motif:nak jaga hati tetamu, bayangkan kita datang umah, tiba2 orang umah terus lari masuk bilik tak salam, tak kata apa2. Manner!
2. Pastikan kita tahu kalau ada sanak saudara yang bakal menziarah. tanya mak ayah
3. Buat permohonan kepada penyambut tetamu umah anda (mak, ayah, adik beradik, anak2 menakan, tok, jiran sebelah, cucu,cicit) untuk membawa tetamu ke ruang tamu, bukan terus ke dapur. Ada jugak mak menakan yang jenis rapat dengan mak terus masuk ke dapur. Ohoiiii, cenggini Timah ok lagi, yang nak diheret anak teruna dia sekali tu apasal? Terus dengan berhemah tunjukkan pada mereka yang anda ialah anak dara, dan bukan anak kecil yg hingus meleleh takdak sapa nak lap okey.
Dan permasalahan stokin, hmm, Timah yang lemah, lagi ilmu kurang nih, Timah ada dengar sorang akak nih cakap, perihal stokin di dalam rumah, andai kata kita sempat capai stokin, molek sangatlah tu. Tapi kalau stokin tak sempat capai, dan ntah ke mana2 stokin tu pergi membawa diri, ingat, Islam tu mudah jangan dipermudahkan, dibolehkan untuk tidak memakai stokin dalam umah dengan kehadiran sanak saudara. Allahua'lam. Boleh refer ustaz mana2 yang lagi arif dari timah
Lagi satu bila balik kampung , mak2 menakan dok tanya
"Kawan dengan sapa sekarang?"
Kawan=marka=boipren
BOSAN!
Selalunya Timah gelak besaq ja
mana nak boipren bagai, orang pandang Timah pun tak
Soalan cenggini, better anda senyapkan/senyumkan/gelakkan ja
Kalau jawab ada, karang ada la digosipnya dengan mak2 menakan yang lain
Kalau jawab takdak, dikenenkan kita dengan sapa2 yg dia berkenan pulak.
So better, be silent.
Trust me, it works!
Okbai
![]() |
| Timah and the boys in the House |
Sunday, July 28, 2013
Puasa punya cerita
Timah hapdet blog
Setelah berkurun lamanya
Well, kita dah masuk fasa ketiga dalam bulan ramadhan,
Alhamdulillah...
Moh refleksi diri
Apa yang dah kita laburkan amalan untuk akhirat kelak?
Well, tak payah jawab
Tepuk dada, tanya iman okeyh
Harini hapdet just nak bercerita2
Almaklumla dah lama tak bercerita
Well, tahun dua Timah lalui dengan pelbagai cabaran dan dugaan
Setiap tahun mengalami pengalaman yg berbagai okeyh
Nak cerita pengalaman posa Timah pada hari ketiga
ahahahahahahahahah
Pada sahur sebelum itu, Timah tak lalu makan, so Timah take fluid as many as possible la
Pastu rasa badan ura2 nak demam
Lepas subuh, terus tidur la
Pastu pergi market teman mak
Timah jalan pun tak betui dah time tu
Tapi mind set la kata "badan, jangan nak mengada lelebih okeyh, aku taknak layan."
Dan mind set itu berjaya selama 5 minit...
Nak dijadikan cerita, kat market tu
Ada sorang pak cik nih tengah pegang kaki dia
Cramp ka hapa ntah
Timah sebagai pelajar yg belajar benda2 alah tu rasa macam tak sedap hatila
Timah tinggal mak Timah dan pi tengok pak cik tu
"Kaki pak cik cramp nak. tak boleh nak bergerak." Timah sampai, teruih pak cik tu cakap cenggitu.
Timah cubala dudukkan dia, urut2 kakinya, kot2 la DVT ka hapa.
*jauh gila pemikiran Timah time tu.*
Dalam kalut2 nak tolong pak cik tu,
tiba-tiba..
Timah rasa, Timah yang kena support
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Adesss..
Paham2 la apa yang berlaku.
So, moral of the story,
Doctors out there, or future doctors,
Make sure your health is good enough to help people
If you sick,you might get sicker than your patient.
Thursday, May 23, 2013
Too busy to tell people I'm busy
Saturday, March 9, 2013
Echo..less..
Assalamualaikum wbt
"Janganla kamu bersikap lemah,Janganla pula kamu bersedih hati,padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman"
[Surah al-'Imran:139]
So, boleh agak kot Timah nak membebel apa
Banyak benda yang boleh release kan Timah dari stress
Tapi yang paling berkesan listen to music la
(Nak naik maqam tinggi lagi dengaq al-Quran la)
Tapi sob..sob.. Timah tak sampai tahap thiqah cam tu lagi kot
InsyaAllah..InsyaAllah
haha
Selalunya bila depress Timah dengaq lagu nasyid
marah-heavy metal
cheeky li'l geeky-britney spears
blurr-bonds
and whatsoever yg ada dalam mp3 Timah
Tapi sekarang ni dalam proses menceraikan earphone dari telinga
or dalam erti kata lain tak nak dengaq benda2 lagha
Stay and remain silent
Echo..less..
Yes, ramai nasihat kenapa tak tukaq tune?
From music to rhythmic of Quranic ayahs?
Err..
Sebagai hamba yang lemah lagi banyak dosa
Timah choose to not listen to anything
That's my own jihad
Let me train myself for not listening to lagha first
then I'll retrain myself to listen to the beautiful ayahs
Oh, pity me.
May you support me with this li'l jihad
Kalau dulu, pi mana sahaja mp3 memang tak kan tinggal
earphone kalau boleh lekat kat telinga, dah lama lekat
Bateri henfon habes takpa, jangan bateri mp3
mp3 hilang? oh..hidupku berakhir di sini..
Itulah kisahnya
Tapi sejak dua menjak nih
Bila dengaq lagu
Rasa kosong.
Seriusly kosong
But when I stop the player
I enjoy the silence.
At first, I did wonder
Why?
Why things happen like this?
I want to enjoy everything while i'm young
Why can't I feel 'released' after listening to songs like before?
Benda baik datang sekali
Haruslah menghargai berkali2
Acececeh
Sejak tu Timah stop pasang earphone
Priceless..
Timah menikmati perbulan dengan kawan2
(Kalau tak sebelum nih, "apa2? hg cakap apa ulang sekali lagi boleh?" untuk keseratus kalinya)
Timah menikmati panggilan salam orang2 arab
Timah menikmati bunyi alam sekeliling
Itu jelah nak ceritanya.
Ok bye :)
Wednesday, February 27, 2013
Medic ain't dance floor for jazz,its for hippies.
Apa habar semua?
hopefully sihat
Timah Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ini.
Well..kenapa amek medik?
Kalau ditanya..
certain people will answer: Medic is my destiny
another certain people: Parents ask me
another certain people: well, I've got no other choice
and other certain people: I want to be doctor for ummah!
Ahah..This is what we want to hear
But trust me readers
Taking medic is really far beyond expectation
Kalau amek engine, boleh bersuka ria dengan mesin
Kalau calculation salah, its okay, we can try another formula
And derive some more
Kalau lawyer, case tak menang, boleh move on. carik case lain. cerai ka, berebut harta ka, bunuh org ka.menang ka kalah, tak terlibat diri sendiri dan keluarga
Accountant? ni paling best. duit berkoyan2. kalau kena songlap, salahkan authortity.like always.
Tapi kalau jadik doktor kan anak2.
Kena senyum sokmo
Takleh kata susah
Senang ja
Hahahaha
Pernah satu hari tu Timah dah sangatlah fed up
Fed up tahap langit
Timah menangis. well biasalah pompuan, apa lagi boleh buat selain menangis dan makan
hahaha
dan Timah call mak Timah
Sebelum ni sesusah mana pun add math time trial MARA
sampai paper tu fail
Timah maintain gagah
Tak menangis
Senyum gelak ketawa riang riA raya bergembira.
Tapi kali ini..ooooo..
Timah can't endure it
Amek henset
Call mak guna voip
"Mak, Timah takmau ngaji dah. nak balik malaysia teruih. mak tunggu flight Timah pukul sekian2 esok." Letak tepon.
Pastu family pown whatsapp la.
Pasaipa ni
Habaq mai masalah
Awat takmau nagji dah
Nak jadik apa besaq nanti nanti
Hahahahahaha
Adess...katok pala
well, Esoknya, Timah call balik mak Timah
"Mak, tak jadik balik. sambung ngaji balik kat sini."
Sunday, February 3, 2013
People leave, but do they return?
Setiap kali hapdet blog mesti akan kata dah sebulan tak hapdet
Ampunlah kepada sesiapa yang mengharap Timah menghapdet blog selalu
Bila masa ada-----------> idea takdak
Bila idea datang mencurah2 ke ladang gandum------------>masa takdak
Macam tulah lumrah kehidupan..
But sorry to say
Timah memang sangatlah tak suka kata blog bersawang
Amendanya bersawang
Adakah labah2 zaman sekarang dah tersangatlah upgrade sampai boleh masuk dalam PC dan bersawang bagai?
Baru2 ni ada kawan Timah dari Ireland datang Mesir
Diorang datang bercuti la
Timah pun pergilah menziarah dia
Dia datang dengan ahli usrahnya kot
Pastu nak dijadikan cerita
Timah duduk2 la kejap
Menyembang bagai dengan orang jauh
Pastu ditakdirkan mereka itu membedah buku Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart
Hewhewhewhewhew
Timah dah lama dengaq buku tu.
Mencari2 jugak
Pastu dengaq cerita ada kat Ma'adi TETAPI kena tempah terlebih dahulu
Andai kata Ma'adi itu sebelah rumah, InsyaAllah dah lama Timah tempah
Muehehehehehe
People Leave, But do They Return?
Itu tajuk besaqnya
Mula2 terbaca dan mendengar dah jatuh hati
Timah cerita sedikit sebanyak apa yang Timah dapat okeyh
Mukadimahnya dia bertanya
Why do people have to leave each other?
After people leave, do they ever return?
After something we love is taken from us,does it ever come back?
Is lost permanent-or just a means for higher purpose?
Is lost the End itself or a temporary cure for our hearts ailments?
Of course!
In a far better way than before
Pernah dengaq ayat nih?
with hardship [will be] ease.(94:5)
Secara seriusnya selepas Timah baca ayat nih Timah ingatkan selepas kesusahan datang kesenangan
Tapi selepas baca buku nih, Timah rasa kena slapped
Indeed.
Growing up become matured to know what this really mean
Bersama kesusahan ada kesenangan
Yup
Bersama kesusahan ada kesenangan
Not all things come in bad shape
And not all rainbow comes everyday
So bila kita ada masalah bak Gunung Everest pun
Keep calm
Di situ segala kesabaran, keimanan diuji
Di saat semuanya teruji
InsyaAllah, Allah ada dan di situ terletak kemanisan ujian
:)
Dalam bab tu jugak cakap
For the first time Allah reward us with something
we may preoccupied with it
Till Allah is also left behind
And here comes the part of taking back the reward
We may cry
We may yell
We may fall
But trust me Allah will never leave us alone..ever..
Timah ada pengalaman di mana Timah betui2 teringin henset
Memang teringin tahap guling2 la kat mak
Tapi mak tak layan
Mak kata bagi habes sampai SPM dulu
pastu lancarkan serangan mogok lapaq
Mak Timah tak lut
Time tu baru form 2/3 (Timah tak ingat)
Sampai satu tahap Timah fed up, Timah beli henset senirik
Kihkihkihkihkih
Kaya benorr Timah time tu
Ikat perut
Memang zuhud habes
Pastu boleh la beli henset cikai
Seronok.
Seronok sangat
Rasa macam dunia ni Timah yang punya
wahahahahahahaha
Pi mana sahaja, henset mesti ada
Semua ringtone dimasukkan
Game pun tak lepas
Sampailah Timah rasa henset tu nyawa Timah
Wait seminit...
This feels wrong
It is wrong
Indeed.
Timah pun PMR
Alhamdulillah, dengan tak ketahuannya Timah waktu tu
Dapat la skor
Nikmat yang Timah tak pernah syukuri
Ingat bajet pandai tak study pun boleh skor
Dapat masuk MRSM
So sekali lagi rayuan dilakukan
Mak Timah bagi
Hohohohoho
Heaven bhai..
Tapi dan tapi sekali lagi Timah lupa diri
Kali ni super upgrade punya henset la
Sebab mak yang bagi
Timah tak sedar yang nikmat tu jugak salah satu bentuk ujian dari Allah...
Sampailah SPM
SPM Timah not-so-good-to-be-proud-of-but-not-so-bad-to-cry-on
Tapi memang Timah meraung habesla
Boleh jadik Langkawi menjerit
Timah rasa Timahlah orang yang paling tak cerdik sekali dalam dunia
Timah fikir kenapalah mak Timah bagi henset kat Timah, kalau takdak henset mesti tak melagha sangat
Timah salahkan takdir sebab masuk MRSM
dan macam2 lagi atas ujian ketidakskoran SPM Timah itu
dan Timah jugak tak sedar bahawa ujian jugak menunjukkan satu nikmat yang tersembunyi..
For the first time ayah Timah boleh peluk Timh n cakap
"Ayah bangga dengan Timah." Timah yang baru sampai kat jeti yang dah separa habes syahdu sambung balik syahdu
Sepanjang Timah UPSR dan PMR dapat skor penuh, ayah tak pernah kata apa2
Not a word of congratz, or even appreciate his daughter of making him proud, but no..
NOT A SINGLE WORD..EVER!
But this time..hohohohoho
And for the first time jugak Timah start planning for the future
Kalau tak memang tak kisah langsung nak jadik apa
Jadikla apa2 asalkan berguna untuk masyarakat
Muehehehehehehe
And starting from that point, Timah gets her new phone
Canggih one
But this time
She won't let this phone control her as before
Maybe this tiny smarty techy gadget overruled her heart before
But now this phone is only gonna remain in her hands not her heart
See..
It is not the thing that we lose or we gain
BUT
The process of losing and gaining the thing we used to love
Allah wants to show us His love by taking something we loved much in order to replace something better.
At the process of losing, we may cry,sad but we get up,and say Allah is there for me.That's enough
And at that crucial,critical time, Allah reward us present by our patience to the greatest gift.
Beautiful isn't it?
:)
So just relax
and smile
Trust me, I'm Dr Timah in The House!
Monday, December 31, 2012
Lelaki perempuan kawan ja semua
semua sihat?
Seronok ja Timah menghapdet blog
Almaklumlah sebulan sekali
Timah nak exam midterm nih
Doakan Timah ok
Bila nak winter break
Bila nak exam
Teringat peristiwa tahun lepas
*gulp*
Perit..perit..
Timah just nak berkongsi
Lelaki and Perempuan?
Boleh ke berkawan?
![]() |
| Ni ja gambaq yg paling sopan dalam google pasal tajuk nih |
Hmmm..
Bagi Timah yang kepala senget tak pernah nak betui nih
Timah kata ok
As long as you friend with everybody
Nothing more Nothing less
Ini kau perempuan, dengan lelaki ja kau approve and approach itu dah macam ......
Kita kawan dengan semua orang
Pasal hati dan perasaan letak tepi dulu
Especially kes Timah la
Nak belajaq kan..
Muehehehehehehehe
Tapi kalau kawen time belajaq pun boleh...
Ok drop the subject
Seronok orang jaga kita nih
Rasa macam ada masalah, we have someone to turn to
But Allah has put the boundaries and limits between us, Adam and Eve
For our own benefit
Ada sebab Allah susun macam tu
Baik punya plan
So, be cool
berbalik kepada kawan
hmm..
Kita kawan jelah
Bila rasa ada hati yg dah terjatuh tergolek2
Come on
Pick it up back
Strengthen your soul
Have a spirit
And make it sweetest drug ever
Make it Beautiful
Make it Halal!
It is not wrong by telling someone your feeling
You are being brave by doing so
Pray for the positive said on the other side
But if negative, well, you can try again
Like Timah said before,
Sometimes benda2 macam ni benda besar
Terkejut beruk bila dengaq tiba2.
Contoh...
"Timah, aku suka kau. aku taknak cakap banyak. aku nak hang balik summer nanti kita kawen."
Fullstop
That is not confession
That is madness!!!
Hahaha
But it is the most honest confession in the world I can bet
So give them time
BUT if the answer comes out DIRECTLY NEGATIVE..
Contoh..
"Timah, aku suka kau. aku taknak cakap banyak. aku nak hang balik summer nanti kita kawen."
"Err..Sorryla bro, aku nak study dulu kot"
@
"Err..Sorryla bro, aku tak bersedia."
@
"Err..Sorryla, mak gua dah ada calon la kat gua kat Malaysia, Pak cik tu Duda, anak 4 tapi harta dia berzilion."
See...This is all of course not true
Sometimes they deny the feeling
That they have the same towards their friend
Tapi mestilah, kau kawan bertahun2
"Lu gila macam bapak ayam"
"kau pontianak atas pokok ketapang"
semua masalah dunia diredah bersama2, tiba2...
tiba2 jadik soulmate kau
Of course la jadik cardiac arrest jap
Kau bagi suntikan atropin+electrical shock 200J lepas tu okla
Seriously
Ataupun, dia memang taknak
Yang tu memang tak dapat tapi kau kena terima dengan seadanya la
takdak jodoh
Timah tahu, memang perlukan masa
Sampai kadang2 kawan selama bertahun2 boleh terputus begitu sahaja disebabkan soal hati perasaan nih
Tapi kalau tu yang terbaik, its okay
You've done your best
What all you can do now is..hope the best for her/him
like what people said..
The more you care, the more you have to lose...
So, all the best!
Monday, December 10, 2012
Kantoi 1
Assalamualaikum wbt
Hohoho
Seronok ja Timah hari nih
Lama tak update blog
Internet takdak
Mengharapkan internet henpon semata2
Masih..
Timah masih hidup dengan takdak internet ya..
Haha
Adeyh..
Dalam banyak2 cita
Timah suka cita pasai aksi terkantoi dengan musyrif
Kahkahkahkah
Ada sehari tu
Baru balik dari game basketball
Sorang2 la
Housemate Malas nak ikut
Jadik Timah berseorangan
Sebelum tu dengan lecturemate sorang
Tapi dia lorong lain
Timah lorong lain
Kami berpisah Di hujung jalan
Technically Timah is not alone
Nak dijadikan cerita
Timah tengah jalan sorang2 melayan perasaan
Tiba2..
"Assalamualaikum.."
Telinga Timah yang bersumbat earphone memang tak dengaq apa2 la..sampailah ustaz tu berdiri sebelah Timah
Hoho
Memang nak makan buah silat Timah agaknya ustaz time tu.
Buat Timah terkejut ja.
Timah slumber jah
Almaklumlah dah berapa jengkal nak sampai rumah.
Tak kisah sangatla kan..
"musyrif mana?"
"Ada tadi, dia tinggal Kat arabiata, suruh jalan sorang2." Gebang seround. Oh Allah, mintak maap, Timah tak berniat nak tipu.
"oh..yaka? Lain Kali suruh musyrif hantaq sampai depan rumah."
Angguk
"ka memang dah biasa jalan sorang?"
Hoho! Memang ustaz tu ahli nujum la. Mau terpeleot Timah dek serkap yang ternyata masuk jarang tu.
Angguk lagi. Malas nak cakap banyak. Spesies musyrif Kat sini memang suka membebel gaya macho.
"rumah Kat mana?"
"dah sampai, terima kasih ustaz."
Terus Timah lari masuk bangunan mana hala ntah. Malas nak ngadap ustaz tu.
Lepas 5 minit keluaq jalan balik rumah macam taiko masuk pub.
Ampun
Timah memang tak makan saman.
Chow
Tuesday, November 20, 2012
Jemaah?single tak boleh?
Hohohoho
Timah update blog lagi!
Timah teringin biskut hup seng
Tertinggal kat airport
Berat terlebih kilo
huhuhu
macam tak rela ja nak melangkah naik atas cabin
Sekarang gigit jari jelah :(
Ok enough said
Timah nak cerita pasal jemaah2 yg ada kat mesir nih
Macam2 ada
Mintak ja apa saja
Hijau, biru, putih..warna-warni pun ada
Punyalah banyak sangat jemaah nih sampai Timah fenin nak pilih yang mana
sampaikan Timah rasa nak single ja boleh?
Terus kena shoot dengan m-16 bertubi2
"Hidup ni kena kena berjemaah, kalau takmau jemaah, pi dok sorang2 kat hutan."
Benarkan Timah sebut sekali ja, sekali ja..
Oh..sungguh Timah bengang
Kau ni, kau under jemaah apa?
takdak ciri2 nk menyampaikan langsung
Timah yg masih freshie bila dah kena sembuq macam api
terus fed up
Dan rasa baik tak payah sertai mana2 jemaah daripada kena libas maut cap harimau berpusing macam tu
That is not really good words to say this day
Plus Timah sorang yg emo sama....
Ok, sambung cerita
Timah masuk rumah negeri sekarang nih
Maka bebudak mesir akan automatik tahu kalau masuk rumah negeri ja confirm diserap masuk ke persatuan P nih..
Haish
Ni satu lagi masalah yg tidak Timah minta
Tidak jugak Timah tolak
Hari tu ada perasmian apa ntah
DIPAKSA pergi....ok itu satu hal dah
lepas tu kena brainwash bagai
Timah allergik sikit bab2 brainwash nih Otak Timah dah suci guna bonux
Mahai tu..
Pastu ada part kena PILIH plak untuk berdiri tanya soalan
Malu bhai...
Tapi Timah tak berlengah
Ketidakpuasan hati harus disuarakan
Ustaz tu tanya ada soalan dak regarding persatuan P tu.
Terus Timah fire..
"Asal persatuan ni gah kat mesir ja, kat Malaysia tak dengaq langsung cerita benda alah persatuan nih?"
Time stop
Timah blah keluaq awai jalan macam dean masuk kuliah
okbai!
Sunday, November 11, 2012
As long as you love me
tajuk takdak kaitan
Disebabkan justin biebieq dok menyanyi2 kat telinga
Ohlalalalalalalala
Sumpah tak sakit hati pun dengan statement tu
Adeyh
Manusia, macam2 ragam ada
At last selepas rebel+depress+stress 2-3 hari, Timah fikir utk biaq ja keadaan
Apa nak jadik pun jadikla
It means that Timah accept amanah yg diberi
Memang sesetengah orang seronok bila diberi jawatan
They feel like this world are theirs
Because people are putting trust on them
BUT NOT FOR TIMAH!
Kat matrik pun macam tu jugak
Tiba2 diberitahu bahawasanya Timah jadik Ketua sekian..sekian..
Memang blurr kejap 2-3 minit
Sapa yg cerdik sangat cadang nama Timah
Kepada sesiapa yg dapat jawatan ----> seronok bagai
Tengok2 ----> mesyuarat datang lewat, kuliah pun tak datang, muka tak penah nampak
Kuliah tak datang dengan alasan sibuk, tengok2 sibuk berprogram
Sungguhlah makayah kau hantaq datang sini nak berprogram bagai
ohh...tiadalah lain yg Timah nak kata melainkan....
That's sucks!
Timah takmau jadik macamtu
Sumpah takmau
Biaqlah orang nak boikot ka hapa
Kata belakang atau yg sewaktu dengannya
Tapi nanti bila dah terima, buat kerja macam sampah
Sumpah kena kutuk 2x ganda
Tak mencapai expectation katanya
That's crap!
dan yang ni, katanya orang persatuan yg cadangkan
nama Timah ni sedap kat mulut sapa plak dah sampai terkeluaq menjadi cadangan
Ohlalalalalala
Macam nak bagi fluid motion of flying kick ja walau Timah berbaju kurung time tu
Memang kena sabaq banyak....
Mula2, memang rebel jugakla
Takmau pi langsung apa2 program yg melibatkan benda alah tu
Last2 dah reda sikit
Timah dah jatuh tangga chenta plak dengan adik2
Hohohoho
Sekarang just go on and smile
Kepada yaug menyokong: Terima kasih banyak2 diucapkan
Kepada yang menemplak : Gua paham, lu nak sokong sebenaqnya kan? Tapi dari cara yg pelik sikit
So harap2nya semua mendoakan Timah yg tersangatlah cepat melatah nih
hahahaha
Chow!
Tuesday, October 16, 2012
Niqabi meowww
Hohohoho
Lama ja Timah tak update blog
Hewhewhew
Cuma nak cakap
Sekarang Timah dah naik tahun 2
Tak boleh main2 dah
Manja2 dah
Gila2 boleh kot..
Cuma kena diskaun sikit la
Wakakakakaka
Cuti musim panas ni ramai ja akak2 senior kawen
Timah ja yg tak kawen2 lagi
Muahahahahahaha
Ok boleh flush persoalan tu dalam tandas
Timah tak tau nak bercerita apa
Tapi Timah nak update gak blog
Haa..!!!
Baru2 nih Timah kat kuliah la kan
Once Timah masuk kuliyah Tibb banat
Automatik Timah tarik purdah
Muehehehehe
Almaklumlah kuliyah banat...
Semua pompuan
Nak risau apa lagi
Tapi ada ja lelaki untuk maintenance kuliyah tu
Tapi Timah wat derk ja
Sebab lelaki arab kot..
So malas nak amek port
Alkisahnya di satu hari
aku tengah beratur nak masuk lecture hall
ada minah arab tarik tangan aku
Pastu bermulalah perbualan keling antara aku dengan dy:
minah arab: .....(ntah apa yg disebutnya, Timah tak paham, tapi dy buat gesture tunjuk niqab la). pastu membebel apa ntah.
Timah: EH, eh eh??? (Kau cakap apa arr..?)
Rara: Err..she have her own reason to wear niqab..bla..bla..bla..
Hohohohohohohoho
Itu jelah ceritanya
Orang Arab ni sensitif sikit
Once depa dah pakai purdah
Depa takkan sesekali bukak depan ajnabi
Erk? Macam tu lah kot
Timah ni pakai ada sebab..meoww...
hahahahaha
Thats why depa tegoq aku
Aku rasa minah tu orang kedua yg tegoq aku kot
Kali ketiqa aku rasa aku ni bakal kena lempang la kot
Sebab tak dengaq cakap
heheheheh
Tu jelah nak ceritanya
Tak dak benda sangat pun
Muehehehehehehe
Doakan Timah ok?
Thanx :)
P/S: Timah ok ja bila berterus terang
So, apa2 pun please be direct with me ok?
Thursday, September 13, 2012
Aku dan Masa Depan
Hoho
Tajuk dia macam hapa ja lagi
Muehehehehe
Ntah, tadi aku terbaca blog seorang ukhti nih
Tiba2 terdetik nak buat entry jugak pasal..
Timah + Masa Depan
*sigh*
Timah sebelum amek kos nih Timah fikir sebetul2nya
Timah pernah dapat law UIA sebelum ni
Dan memang Timah sangat2 berminat untuk jadik peguam
Tapi end up Timah takmau
Timah takut
If Timah wants to be lawyer
I want to be criminal lawyer
Nothing like syariah
Never cross my mind
Bapa Timah tak bagi
"If you want to pursue law, you must take syariah. Nothing else than that."
Timah kuciwa tunggang terbalik 2hari
End up kat sini, ardhul kinanah
Hoho
"Kau amek medik Timah? Kau tak takut sibuk ka?"
Sibuk? Apa ada dengan perkataan sibuk tu?
Kot komitmen aku takut mendengarnya
Takat sibuk..alahai..apalah sangat
Pastu ada lagi suara2 sumbang berbisik...
"Habes anak2 kau nanti macam mana? Mesti kau sibuk kan? Sapa yang nak jaga anak2 kau nanti?"
Say WHAT????
Ok..anak2..kawen..rumahtangga..keluarga...komitmen.....
Oh snap!
Everything will lead back to commitment
I mistook the word commitment earlier and now I'm thinking hard
Secara seriusnya aku berfikir selama berbulan2
Aku orang kampung
Of course aku dididik secara pemikiran tak berapa nak bandar
Mentaliti orang kampung nak tengok anak2 depa berjaya
Dengan tangan depa sendiri
Nak tengok anak2 membesar depan mata
oh...
Aku takmau hidup aku dibawa gelombang permodenan
Bila mana bila kawen suami isteri buat hal masing2
Bila mana solat jemaah tak pernah dipraktiskan di rumah
Bila mana bacaan Al-Quran ku tak pernah diperbetul
Bila mana ceramah atau majlis ilmu tak pernah dihadiri
Bila mana hidup berpandukan sunnah nabi hanya menjadi angan2
Bila mana diskusi santai perihal Islam menjadi suatu yang mustahil
Timah takmau!
Bila kemelut macam ni melanda otak aku
Maka aku akan jammed selama beberapa hari
memikirkan masa depan anak2 Timah kelak
Dulu penah jugak terfikir taknak kawen
Nak masuk volunteer MERCY
pi palestin
Untung2 boleh syahid
Tapi takat Timah nih..
Syahid kecil boleh la....
Zzzzzzz...
Harap!
Pastu dah besaq sikit ingat nak kawen plak
Tapi nak suami Ustaz cukup
Ustaz CUKUP....
Giloo!
Aku ni pendek akal betui
Ingat senang kot nak cari ustaz
Buleyh dapat ustaz dah bini tiga
Jadik cawangan yg keempat la maksudnya!
hoho
Pastu besaq sikit lagi
Pikiaq..dengan doktor pun boleyh!
Double triple the sibuk kan
Anak2 memang melayang la
Dan latest punya benda yg ada dalam otak Timah:
Jeng..jeng..jeng..
Utk berenti keja after dapat anak
Does it sound childish?
Or vice versa?
Timah tends to sacrifice anything just to see my children grow up become a human being..at least..
Timah selalu berangan
Nak anak yang soleh solehah (cewah!)
Sebab Timah takmau anak Timah macam Timah
Boleh jelah macam Timah
Tapi Timah nak anak Timah tahu dia hidup untuk apa
Apa tujuan dia untuk hidup
Apa tugas dia dalam Islam
Oh Allah
Besar sangat kah cita2 Timah jika dibandingkan dengan usaha Timah?
Oh...
At least Timah mampu berdoa....
![]() |
| Sumpah baby ni berat gila! |
P/S: May Allah bless :)


.jpg)
.jpg)







.jpg)


