Saturday, August 16, 2014

Me and Usrah

Assalamualaikum

yada2
Timah hapdet blog

So far semua tahu Timah dah kembali ke pangkal jalan dengan pulang dari mesir ke malaysia
Exam di Malaysia ya rabbiiiiiiiii
Ekau mengucap dulu sebelum jawab exam
takut2 tak sempat

wakakakakakakakaka
Allah ja tahu susahnya cmana
Nak maintain pointer tu, tercirit Timah

But still Timah tak sedar diri masih lepak2 tengok running man.......
Ahahahha

Dulu kat Mesir Timah ada join usrah
Well setiap tahun Timah join usrah dari jemaah yang berbeza
Nak merasa setiap fikrah la bajetnya

Tapi ada satu benda jadik buat Timah tak jadik join usrah
mana-mana jemaah pun

Bila Timah balik malaysia, ada ja usrah2 kat uni Timah belajaq tu,
tapi Timah dah tawar hati
Allah ampunkan Timah dek kecelaruan minda Timah

Bagi Timah, kita tahu diri kita sendiri
Kalau dengan usrah kita rasa takdak progress terhadap kitab yang ada kat bahu kanan
Tak payahlaaa

Ramai kata Timah ateis usrah
Yakni tak terima kewujudan usrah
Whoahahahahaa, that is sort of extreme accusation you give me

Tarbiyah boleh cari di mana2
Tak semestinya dalam usrah
Dalam pengajian kita, kawan2, suasana sekeliling
Pelbagai tarbiyah yang boleh kita dapat
Cuma bergantung bagaimana perpektif tarbiyah dari kaca mata kita

Ehem..ehem..
Bercakap pasai tarbiyah plak

tapi Timah yakin, usrah banyak mengajar kita erti ukhwah yg sebenaqnya
Cuma Timah ja yang tawar hati

Setawar2 sungai ayer tawar


Hahahaha
Chow


Saturday, June 21, 2014

Review - The Orphan




Assalamualaikum
Yada2
Timah update blog lagi


Pernah dengaq cita the orphan?
Tak penah?
Meh nak cerita

Mula briefing watak dulu
John sbg bapak
Kate sbg mak
ni max, adik esther. dia ni deaf + mute












Daniel, adik Esther jugak, abg Max

Esther, watak utama
Alkisahnya, si Kate tu dia mengandung
Tapi anak beliau mati dalam kandungan
So beliau pun sedih dan rasa kekosongan
Kerja dia as cikgu piano
Tapi dia berenti keja nak fokus jaga anak2
Dia pun cadang kat laki dia nak amek anak angkat bagi nak isi kekosongan yg dia rasa
John pun setuju
Depa pun pi umah anak2 yatim

Si Kate tgh cakap2 dengan penasihat rumah tu, si John pun berjalan2 sekitar rumah anak yatim tersebut
John sampai kat satu bilik, da sorang ja dalam bilik tu
Time ni lah John jumpa si Esther nih
Esther ni pandai cakap
Pandai amek hati dengan kecomelan beliau

John terus berkenan
Dia bincang dengan Kate
Depa pun setuju nak amek Esther as anak angkat depa

Max seronok gilerr dapat kakak
Iyalah, beliau pun bosan hidup sorang takdak kakak
Harapkan Daniel nak main dengan Max...memang tak dapatla...

Mula2 semua normal
Tapi makin lama Kate jadik makin pelik dengan Esther
Dia budak umur 9tahun tau
Tapi dia pandai main piano bagai
Sometimes cara percakapan Esther macam orang2 besar
Tapi Kate macam biarkan jelah ingat Esther tu mungkin hormon baru nak merembes

Ada satu malam tu Esther nak mandi
Memang budaya omputih mandi tk kunci pintu kot, diorang just tutup pintu tapi tak kunci
Tapi Esther setiap kali nak mandi, dia kunci pintu walau Kate dah cakap tak kunci pintu pun takpa, takut apa2 jadik
Kate mula pelik
Kate pun kemas barang2 Esther, tiba2 dia terjumpa satu Bible nih, kepunyaan Esther la
Dia cam pelik, takkan budak 9tahun simpan bible kot? Tempat tersorok pulak
Dalam bible tu ada gambaq lelaki2 tau

Esther perasan yang mak dia nampak Bible dia
Esther mula rasa terancam
Dia ingat mak dia dah tahu rahsia dia sebelum nih
Sejak tu dia mula dingin dengan Kate

Pastu penasihat rumah anak yatim yang Esther duduk dulu mai
Sembang dengan Kate dengan John pasai Esther
Esther dah memang resah gelisah habeh
Bila penasihat tu on the way balik, si Esther bunuh penasihat tersebut
Iya, bunuh.

Kate dah memang curiga habeh kat Esther, yang John kata, Esther tu cuma budak2 baru nak up
Sejak polis discover yang penasihat tu kena bunuh, memang Kate dok target Esther la

Sampaila satu tahap
Esther nak bunuh Daniel
Memang teruk la Daniel dikerjakan dek Esther
Sampai koma
Bila koma, Esther pi tekup bantal ke muka Daniel
Memang wassalam..

Kate yang tengah buat research pasai Esther tiba2 dapat call dari Institute di Russia yang Esther duduk sebelum nih
Kate ingatkan Institute tu untuk rumah anak2 terbiar or whatsoever yang berkaitan dengannya
Rupanya Institute tu macam hospital sakit mental

Say what????!!!

hahahaha
Sabar..sabar...

Kate yang time tu tengah dok hospital sebab histeria dengan Daniel tiba2 accident and coma terus bertambah kehisteriaan beliau
Doktor tu cerita, sebenaqnya Esther bukan gadis yang berusia 9tahun
Esther pada hakikatnya dah berusia 33tahun kot kalau tak silap
Esther ada penyakit hypopituitarism di mana segala hormon2 dalam badannnya tak boleh dirembes
So segala tumbesaran terbantut
Doktor tu jugak pesan agar jangan meninggalkan Esther sorang2
Kerana beliau salah sorang pesakit yang violent
Esther lari dari Institute tersebut

Time tu Esther kat rumah dengan John n Max
Max pura2 tidur
Time tu Esther pun pakai cantik2 semata2 nak mengorat John
Yup
Esther nak mengorat John
Esther walaupun dia tak membesar
Tapi naluri kewanitaan beliau membuak2
Esther nak perasaan dicintai oleh lelaki
Gambar2 lelaki yang ada dalam bible nya tu merupakan lelaki yang pernah jadik bapak angkat Esther dan pernah dipikat oleh Esther
Tapi of course la, budak 9 tahun weyyyyy
Of course la lelaki tu anggap Esther ni just nak kasih sayang as sorang anak ja
Bila esther direject, Esther bunuh ja lelaki2 tersebut
As simple as that

So nasib John sama la camtu

Sampaila Kate sampai umah depa dan sempat halang Esther dari bunuh Max
Dan depa bergelut2 pastu cmana ntah Esther mati dalam tasik belakang tepi umah depa



The End




My comment : iya cita ni dah lama, tahun 2009 tapi Timah baru perasan cita ni memang terbaik, bagi sapa2 yang suka psycho-thriller punya story, Timah cadangkan cerita ni, memang meletup! Dan max, max memang separa pekak ya. so Max dalam cerita tu as a deaf kid is true.
My warning : 18sx


So, all the best ramadhan nanti
Adios




























Wednesday, June 11, 2014

Of men and their weirdness

Assalamualikum wbt

yada2

Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bernafas

dan menhapdet blog

harini Timah nak taip ja apa yang terlintas dalam pikiran Timah
Whoahahahaha

Kalau dapat macam ni perangai pelik cmana pun Timah hadap ja.


Scene 1:
Haritu mak ada suruh Abg D ni beli brang2 kat Giant
Takpala
Abg D pi la beli
Tapi dia pi dalam 5minit ja
Pastu dia mai balik kat kereta dengan troli yg sarat dengan barang2 yang mak Timah pesan
Fuyyoh!
5minit ja
Kalau Timah n mak Timah pi shopping barang2 at least sejam
SEJAM tahu?
Tengok2 apa yg dibeli:
Mak tempah beras 5kg
Dihentam beli 10kg
Mak tempah sabun SERBUK basuh baju cap X
Terus dihangkut liquid Dynamo hat besaq sekali
Mak pesan beli buah oren
Nak tahu ABg D beli apa?
Jus Twister

*The rest is history*

Scene 2:
Mak pesan kat Abg F untuk beli apa2 makanan beda nak buat minum petang
Tahu apa yang dibeli oleh si Abg F?
Segala mak nenek
Semua jenis kuih dia angkut
SEgala mihun, mee abu, mee sanggui, dan jugak sami
#Eh
Lepas tu memang mak Timah start meletiaq la
Sapa nak makan semua benda ni, kita bukan nak jemput satu taman, nak makan sekeluarga kita untuk 40 hari pun boleh la, bla.bla.bla.
Nak tahu Abg F jawab apa?
"La..kata suruh beli makanan?"

*The rest is history*

See, Timah taktau apa yang ada dalam pemikiran orang lelaki
Tetapi sumpah menarik
Tetapi sumpah rasa nak lempang jugak

Hahaha

So, Timah search kat internet
Timah jumpak yang nih

-The male brain is highly specialized, using specific parts of one hemisphere or the other to accomplish specific tasks.
So maksudnya lelaki pikiaq secara terperinci.
Kalau nak suruh depa beli barang, just simply tell what the thing is
Jangan cakap pi beli makanan saja, cakap biaq terang, cth:pi beli mihun, dengan kuih sikit2. Lain tak payah.
Kalau tak jadik macam scene 2 kat atas

Men are able to focus on narrow issues and block out unrelated information and distractions
Ini memang diakui turun temurun
Kalau dalam kuliah, Timah akan makan, kacau kawan, tengok henpon, potong kuku, berangan kawen pakai baju apa, kenapa lecturer pakai tie kaler biru tapi kemeja dia kaler hijau, kenapa budak laki duduk depan tak duduk kat belakang padahal depa tinggi gila menghalang pandangan orang belakang dan akhirnya barulah Timah akan figure out apa yang lecturer cuba nak ajaq
hahaha
Tapi Timah tengok budak laki tak berkutik sikit pun
Semedang kepala pandang lecturer
Mata tak berkelip
Fokus!

Men can narrowly focus their brains on specific tasks or activities for long periods of time without tiring
Ini Timah tengok kat ayah Timah
Beliau sangat tidak suka pasang radio time drive
Serabut kepala katanya
Jadik bila naik kereta dengan beliau
Samala macam dalam army dalam kawad
Takleh cakap, takleh buat bising
Hahahahaha
Kalau dak nanti driver serabut kepala

Dan lain2 lagi
Boleh google ja mengenai perbezaan lelaki dan pompuan
Sekarang Timah tengah baca buku
Tengoklah kalau Timah rajin nak review buku ni ke tak



So kalau nak summarize pompuan plak?
Here you go!




Chow!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...