Friday, September 7, 2012

Tudung dan Kelabuhannya

Assalamualaikum wbt


Yada2!
Hari nih Timah nak bercerita pasai jenis tudung dan kelabuhannya
Timah nak spesifik kan tudung labuh instant
Note: bukan tudung instant indon ok.
Tudung labuh utk para muslimah di luar sana yg instant punya..
PUN BOLEH!


Timah agak baru dalam dunia tudung labuh instant nih
So kena pandai2la menjahit senirik ya tuan2 dan puan2
Jenoh nak beli tiap satu
RM30
Mahal..mahal..
So Timah belajaq jahit sendiri

Ada beberapa fasa Timah jahit tudung nih yg nyata membazirkan duit Timah ya
Better beli ja bagus
Tapi dek nak pengalaman punya pasai
Buang duit pun sanggup
=.=

Fasa 1:

Timah jahit tudung. tapi..tapi depan labuh gegilarr....
Tahap gaban punya labuh
tapi belakang dy...ciput ja...
alahai..
sadis tak sadis
Timah salah potong kot mana tatau
Tapi yg pasti tudung tu end up dalam tong sampah

note: sorilah takdak gambaq google nak tunjuk contoh

Fasa 2:

Yang ni dah pandai sikit
Pandai potong dah macam tailor kat kedai tu
hoho
Berlagak kau ya Timah

Tapi end up bagi kat org jugak untuk adjust balik tudung tu
Kelabuhannya sama depan dan belakang
Timah pun tataula pasaipa tangan Timah ni pengkaq sangat bab2 potong memotong nih
Tapi overall the tudung masih boleh dipakai la
Tapi Timah takbleyh terima
haha


Fasa 3:

haa...yg ni InsyaAllah dah lulus
Yg sebaik2nya
Depan pendek sikit
Belakang labuh sikit
SIKIT JELAH okey...
Karang dihiperbolakan dua2 belah
jadik pelik plak...


Fungsi tudung labuh ni untuk menutup segala lekuk2 yang ada di tubuh perempuan
Mula2 pakai memang panas sikit
Tapi lama2 rasa selesa
Sebab sejuk okey

Peace :D

Ni Timah ada sediakan tips2 utk bertudung labuh camni
Bolehla kot nak baca kalau rajin
Yang lelaki boleh baca utk nasihat adik2 awek, mak2, kak MAH pun boleh!
hahhahahahahahahahaha



[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .




P/S: Timah bukan promote ratusolehah ni punya produk ok
Timah rembat ja kat google
Harap maklum


sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...