Monday, February 27, 2012

Ustazah bajet ustazah bagus sangat?

Assalamualaikum wbt

Semua sihat?
Hari ini Timah bahagia
Sebab Timah berjaya merembat beats by dr dre
Muahahahahahaha
Walaupun hanya replica
Tapi at least ada cap dr dre tu
Okla....

Hmm..
HAri ini Timah nak cerita something
Timah dah lama perasan benda alah nih
Ha..btw nak cakap
Timah baru balik dari kelas Syeikh Nurruddin
Bapak arr..dy punya kata2
Mula2 dengaq ni
Jenuh terkebil2 jugak la nak menangkap apa yg dibebelkan di depan tu
Tapi bila dah masuk dalam telinga
Dicerna dalam otak
Dihadam dengan akal
Subhanallah
Hebat Syeikh nih..
Dy ada la cakap pasal rahmat Allah
Pastu cakap jugak kalau kita pi majlis ilmu
Tapi tak sampai 5minit tu dah mengantuk..
Ha....
Tak lama dah tu..
Wassalam!
ha3
Takdakla, dy cakap kalau jadik macam tu hati bermasalah
So kena cepat2 rawat hati kita tu balik
Timah yang tgh elok ja menguap terus tersedak ha!
Allah..tepat batang hidung kena
*sigh*

Point Timah nak cakap sekarang nih
Pasal lain
Nanti2 kita bukak cerita lain pasal Syeikh ok?
Timah nak cakap pasal persahabatan Timah

Timah memang agak TIDAK suka menambah kawan
Cukupla dengan kawan2 yang ada
Bukan bermakna Timah sombong
Cuma Timah lebih selesa macam nih
Bersendiri

Hmm..
Timah selalu berkawan dengan orang yang biasa2 ja
Takdakla yang terlalu up-to-date
Takdakla tudung macam telekung
Takdak maknanya..
Semua biase2 jerr..
Timah pun taklah selesa sangat untuk berkawan dengan stok2 ustazah
Dan taklah pulak terasa nak berkawan ala2 lisa-surihani-versi-krim-safi-10-inci!
ha3
Tapi alhamdulillah
Allah guide me to the right path
Setakat yang Timah berkawan dengan sapa2
Timah MUNGKIN akan terdorong sikit ke arah yang biasa2 tu
Tapi Timah kuatkan semangat
Timah berazam untuk tarik mereka yang biasa2 tu untuk ke arah luar biasa
Bak kata Wan Harnee Nabila Wan Harun yakni kawan kat matrik dulu
"Yeah, itu yang kita mahukan ya!:
ha3. rindu wan.

Tapi kan Ya Allah..
Memang kena sabaq banyak dengan perangai stok2 ustazah nih
Memang kebajetan kealiman yang tak terkata tingginya
Allahuakbar!
Ustazah boleh menjeling saya
Ustazah boleh kutuk saya
Tapi usatzah tadak hak nak menghina kawan saya!
Timah bengang gila kot
Ikutkan perangai Timah yang baran dulu
Penampar memang melayang la kat muka ustazah tu
Tapi Timah pandang ja ustazah tu
Pastu mendekat dan hanya mampu berkata:
"Moga Allah berkati ustazah yang sempurna ini."
Pastu aku blah
Dada rasa sebu.Hati dah teresak2
Aku menangis dengan kawan aku
Kenapa aku menangis jugak?
Sebabnya:
1. Aku pun penah jahil, so aku terasa sangat dosa2 yang dulu dipandang hina oleh manusia
2. Aku rasa macam mana peritnya nak berubah tu, Sakitnya hanya Allah ja yang tahu.

So semua kat luar sana yang stok2 masjid
Tolong bimbing rakan2 anda
Memangla kita digalakkan untuk berkawan dengan orang yang soleh kan
Sebab peribadi kita dinilai daripada siapa kawan kita
Habeh yang golongan so-so yang ada tgh2 antara neraka dengan syurga tu sapa nak tarik dy masuk syurga?
Sapa?
Mak cik sebelah umah dy?
Tokwan belakang umah?
Mak cik bedah jual karipap?
Sapa????!
Kita!
Maka, kurang2 la agenda mencari yang soleh/solehah
Bimbingla mereka yang kurang mengerti
Moga kelak kita jugak mendapat saham di sana
Tak payah la nak pandang rendah sangat kalau ada minah pakai tudung selepang pergi majlis ilmu
Mungkin Allah telah membuka hatinya
Cuma dia tak berubah sepenuhnya kan?
Siapa kita untuk menghukum?
Kita hanyalah daie bukan penghukum
Stop judge people

oklah
Itulah yang Timah nak bebelkan lama dah
Timah tahu Timah pun bukanlah baik mana pun
masih merangkak2 dalam mencari sinar harapan Allah
Masih meraba2 dalam mengkhatam ayat al-quran
Masih sembelit nak cerna hadith imam nawawi yang 40 (baru 40 beb..)
ha3
Dah lama pendam
Akhirnya terluah jua
Moga Allah memberkatilah ustazah tu.
hahaha

Chow!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...