Tuesday, May 29, 2012

Hidup..Hidup..! Hidup Biochemistry!

Assalamualaikum wbt.

Hey there!
Hari nih Timah nak bercerita pasai exam biochem yang dah lepas
Alhamdulillah overall ok...

Starting dengan written biochem tarikh 26/5
Soalan dy ok
kalau untuk soalan struktur dy tanya pasai lecithin, glutathione, s-adenosyl methionine dengan lactose
Alhamdulillah boleh jawab semua
Kalau midsem hari tu aku tinggal semua
=,="

hahahahaha

Pastu beralih kepada exam praktikal dan oral iaitu hari nih
praktikal aku mula2 sangat blurr ok
dapat 2unknown
kena tentukan 2unknown tu apa
standard la kan
pastu nak dijadikan cerita
aku punya sesi praktikal dapat sekali dengan bebudak arab
Allah..
Mau meletup makmal biochem tu
riuh rendah
dah bukan nama exam ja aku tgk
Masing2 tgk laporan kawan2
Bukan tgk yg sendiri

Pastu tyme Timah tgh bakar eksperiment benedict test
Tangan Timah tertolak kat api dengan sorang minah arab nih
Dy pun nak guna bunsen burner
Dahla cuaca panas
Makmal biochem tu panas
Sekali dok depan bunsen burner tu takdaklah merasa kurangnya panas
Bahkan bertambah2 panas
Akhirnya hati pun rasa panas
'Aku datang dulu, kau sibuk pehal? Beratur boleh?'
Malangnya walau kata2 terucap secara depan2 tapi dek ketidakfahaman beliau terhadap bahasa Melayu, si gadis itu hanya tersenyum dan terus menolak aku ke tepi

Cis!

Tapi takpalah
Timah malas nak bertengkar
Mengalah jelah
Pastu rasa panas
Bukan hati
Tapi tangan
Tangan Timah terpegang test tube yang super duper hot2 heat tu...

ok...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Nerve transmitted VERY slowly in case of HOT weather inside the lab

Tahu2 ja Timah dah...

"Argh.....................................................!!!"
menjerit


Panas weyh
Tangan kiri plak kena
Sekian terima kasihla kawan2
Report tak tulis satu hapa lagi
dengan eksperimen yg ntahapantah tak siap apa lagi
Result pun tatau

Doktorah sapu krim apa ntah
macam ubat gigi ja
But my hand won't heal in 5minutes
Dy punya panas tu..mak datang...
Tak boleh duduk
Melainkan hanya berdiri dan tgk tangan mula mengelembung
Sob3 :'(

Pastu go on dengan oral
Lepas siapkan laporan eksperimen dengan bertulisankan tangan kanan
(Of course Timah nih the only pewaris man kidal, main gitar pun tangan kiri :P)
Terus cepat2 hantaq kat doktorah
Sebelum hantaq, tanya doktorah dulu jawapan betui ka dak
Pastu buat muka sememeh kata tangan sakit
Terus doktorah habaq jawapan
(Aksi merajuk-manja berjaya!)

Oral kena dengan doktorah Nariman
Dy baik
Kebetulan aku kena dengan rara aziz separa hot
pastu Timah lagi separa hot
Mau HOT habeslah bilik lecturer tyme tu :D
Dy tanya glutathione tu apa
Dy tanya phospholipid tu consist of what
Bla3...
Pastu selesai
Bila selesai..inilah jadiknya...




Tapi Timah dapat satu pelajaran hari nih
Walaupun Timah punya tangan takdakla sampai first degree burn
third degree burn apatah lagi
Timah rasa terbrain wash secara automatik
Panas test tube yang baru lepas dibakar bunsen burner pun tak tahan
Apatah lagi panas di neraka yang beribu2 kali ganda?
Allahuakbar...

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah [2] : 24)

 Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). (16) Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (17) (Ibrahim [14] : 16 - 17)

 Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; (21) Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. (22) Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. (23) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; (24) Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir, (25) Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). (26) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, (27) Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; (28) Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (29) (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu. (30)(An-Naba' [78] : 21 - 30)

Peringatan untuk anda dan saya
Moga beroleh iktibar

2 comments:

  1. tahniah dah habis biochem... my nightmare..hahah

    so tangan dah baik blom?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...