Heeee...
Semalam Chelsea menang ya?
Tahniah geng biru
Balik nih boleh claim jersi kat abang Timah
Alkisahnya semalam
Timah nak habaq mai la kan
Timah get ready tunggu azan Isyak
Tiba2, dengar kecoh2 kat luaq rumah
Timah ignore la
Bagi Timah kalau orang Arab bergaduh tu
perkara biasa...
Hahaha
Tapi semalam Timah dengaq lain sikit bunyi yang disangka sedang bergaduh tu
Heeeee
....si...si...
Timah ingatkan bola punya kempen
Almaklumlah Chelsea lawan Bayern
so Timah sangkakan
...Chelsea...Chelsea...Chelsea...
Sampailah rombongan kempen depan umah Timah
Timah jenguk kot tingkap ala2 anak dara zaman dulu menjenguk putera idaman bermain sepak raga
Ewah!
Rupa2nya...
Laaa....Kempen pilihan raya kat mesir nih
Calon presiden Mesir
Mohamed Mursi
So instead of Chelsea sebenaqnya depa tgh melaungkan
...Mursi...Mursi...Mursi...
Hehehe
Untuk pengetahuan anda berdasarkan pengetahuan Timah yang tak berapa berpengetahuan ini
Dr Mursy satu-satunya calon dari 13 calon Presiden yang bukan mencalonkan dirinya, tetapi atas keputusan dan arahan jemaahnya, Ikhwan Muslimin.
Hebat tak hebat kan?
Subhanallah...
Kalau anda nak tahu
Dr. Mursi ini merupakan seorang pemegang PhD dalam bidang rocket Science
Tolong highlight sikit Timah
Bidang Rocket Science
bukan kos mass comm, bukan kulinari, bukan jugak kosmetik
Urgh..
Dan juga pemegang bagi BEBERAPA MASTER...
untuk kos engineering..
Allah, hebat tak hebat kan?
Info mengenai beliau bolehlah dibaca di SINI ya tuan dan puan2
Timah sibuk dengan urusan dunia =,=
Jadik tak sempat untuk bercerita hal selanjutnya
Tapi baru2 ni ada akak senior share video nih
Dy tunjuk ada sorang syeikh bercakap kat depan orang ramai dengan Dr Mursi pun ada sama
Pastu syeikh tu cakap2
Semua orang menangis
Termasuklah inche calon presiden tu
Timah rasa nak syahdu sekali
Tapi dek kerana terlalulah tidak fasih berbahasa arab..lagi..
Maka Timah blurr tak ketahuan apa2
Tapi lepas diberitahu apa yang syeikh tu bercakap kat depan
Timah rasa...
Rasa...
Rasa...
Seriously Timah tatau Timah rasa apa tyme tu
Mungkin sebab 2-3 hari lepas kot
Thats y Timah pun tak ingat Timah rasa apa
Peace no war :D
Tapi tgklah
Nanti bawah tu Timah paste kan apa yg akak tu terjemah kat Timah
Video 1
Terjemahan:
[Ustaz Abdul Halim Abdullah] Ucapan kempen oleh Syeikh Mohd Abdul Maqsud yg menyebabkan hadirin menangis termasuk calon Presiden sendiri, Dr Ir Mohd Mursy.
Beliau menyebut kisah Khalifah Umar Abd Aziz yang menangis di solat malam sehingga mengantuk. Pernah isterinya terserempak lalu bertanya. Umar menjawab, "Aku dilantik menjadi Khalifah tanpa kemahuanku. Kini aku bertanggungjawab keatas anak-anak yatim, wanita janda, orang miskin dll dihadapan Nabi saw..". Dan anda wahai Dr Mursy adalah seperti itu.Ok, chow!
No comments:
Post a Comment