Sunday, June 10, 2012

Being truly women for Him

Assalamualaikum wbt.

Walaweyh
Apa khabar semua?
Sihat?
Timah? Jangan ditanya, InsyaAllah Timah sokmo sihat
:D

Hmm..
Hari ni Timah ingat nak kongsi satu pengalaman
Kelmarin Timah pergi menghantar tulang belulang dr Ob
Pinjam dy punya jap untuk exam anat

Pastu Farah ajak gi Shaaban (read:Syaaban ialah pasaraya baju)
Timah pun on la.
Bukan nak buat apa pun petang tu
Exam histo pun lambat lagi
:P

On the way ke Shaaban Timah merangka bajet
Ingat nak grab satu skirt labuh dengan jaket untuk winter tahun depan
Ok, ini semangat. hahaha

Sesampainya di Shaaban
Timah hanya duduk dan menjadi juri tetap untuk baju2 yang Farah pilih untuk dy
Timah tak terdaya nak bangun

Sebab apa?

Bukan sebab tak larat cuaca panas
Tapi Timah tak sanggup
Timah telan rasa terkilan tu
Dan senyum :D
Timah teringin nak pakai macam mana kawan2 pakai kat luar
Timah kadang2 jelous melihat akhawat pakai jeans, pakai t-shirt
Pakai tudung bawal, tudung instant, selendang
Timah nak pakai jugak
Of course la Timah ni seorang perempuan yang biasa
Naluri kewanitaan tu membuak2
Nak jadik cantik


Kalau dulu Timah aci redah ja pakai apa yang Timah nak pakai
Ahh..kenapa saat dulu yang kuungkitkan!
Kerana memori dahulu terlalu pahit untuk dipendam
Sekarang segala2nya dah berubah
Yes and yes
No more tudung selempang...say yes to tudung jahit tengah
No more baju kemeja...baju kurung tak lapuk dek zaman
No more lipat tangan baju...handsock pelengkap aurat
No more rempit2...naik keta, kita drift plak.. hooyeah!

Sungguh, ingat mudah nak tutup lembaran buku lama
Dan buka catatan baru?
Sapa kata senang tu?
Meh nak wrestling sikit.
Eh silap, meh nak tarbiyah sikit
Baru dy tahu pyramid tu besaq tara mana

So, kepada sedara2 di luar sana
Kot2 tersesat blgwalking kat sini
Terbaca entri nih
Stop being judgemental towards women
Apa, ingat senang ka nak letak satu kain kecil yg dinamakan tudung apabila sejak azali lagi tak dididik untuk berhijab?
Apa ingat boleh buat sambil korek telinga ka hapa untuk berubah pakai t-shirt untuk terus bert-shirt muslimah+kain labuh @baju kurung serta merta?
Apa, ingat sambil pejam mata boleh ubah cara hidup seklip mata?

Ambik masa bro
Ambik masa
So, stop pushing others
Give them time and support
Its not easy being women
And Timah jumpa kata2 ni oleh Aiman Azlan
Terus terasa kena silat gayung versi taekwondo campuran wushu sikit

‎"Apakah aku layak bergelar Muslimah?"

Saya kurang faham dengan soalan ini. Konteks yang diberikan membuatkan saya fikir seolah-olah "Muslimah" itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai.

Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. 

Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang janggutnya. 

Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.

Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya. 

Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.

Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah. 

Muslimah itu seorang perempuan Muslim. Full stop.

Pastu plak boleh buat apa saja Timah nak
Jalan tak kisah orang nak kata apa
Orang nak pandang pun pandanglah..


Bukan...Bukan Timah tak bersyukur
Timah bersyukur dengan diri Timah sekarang
Bukan mudah untuk mendapat hidayah dari Allah
Ntah berapa ramai yang cemburu dengan Timah sekarang
Sob...Sob...Sob...
Kadang2 Timah ni kena rasuk dengan apa tatau
hahaha

Pastu ada plak Timah terbaca satu caption kat gambar seorang akhawat dengan anaknya
Akhawat tu pakai purdah..
nak tahu dy tulis apa kawan2?

Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sbgi ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak.

Dan antara persekitaran yang soleh yang sedia ada dan banyak di bumi Mesir ini adalah majlis-majlis ilmu. Bawalah anak ke majlis ilmu agar anak terbiasa dengan majlis ilmu, suasana di dalamnya, orang yang menghadirinya, penyampainya. InsyaAllah dapat memupuk rasa cinta untuk menghadiri majlis ilmu hingga dewasa.

Untuk anak-anak mencintai majlis ilmu, kita sebagai ibubapalah yang perlu terlebih dahulu mendidik diri kita untuk rasa suka dan mencintai majlis ilmu serta berdamping dengan orang2 soleh. Bermulalah sejak kita masih bujang, mengandungkan anak dan sesudah mempunyai anak.

Dan sekarang saya cuba amalkan seperti apa yang dinasihatkan. Dan saya akan cuba sehingga bila-bila. Semoga anak-anak tumbuh baik menjadi anak yang soleh solehah.

Usah kita tunggu pulang ke Malaysia, waktu sudah bekerja, yang tidak pasti lagi jika kita punya masa khusus untuk menuntut ilmu. Dan tidak pasti lagi jika waktu-waktu yg kita khususkan untuk ke majlis ilmu tersebut, tidak bertindih dengan tuntutan kerjaya kita mahupun tuntutan keluarga kita kelak. Rebutlah bersungguh-sungguh peluang keemasan yang ada sekarang.

Saya selalu berpesan kepada diri, usahlah hanya bercita-cita untuk punyai anak soleh solehah jika diri sendiri belum berusaha sedaya upaya untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah.

Semoga Allah memberkati usaha ini hingga ke akhirnya. InsyaAllah..

First time Timah baca
mewujudkan persekitaran yang soleh?
 hadir ke majlis ilmu?


Terus Timah geleng kepala kepada diri sendiri
Tak layak lagi...tak layak lagi...
Allah..
Terasa hina diri ini.

But still, Allah menyediakan seluruh ruang yang ada di dunia ini untuk pengampunan hamba2-Nya
Don't worry
And keep striving till the last breath
Till you rest in peace in jannah

~InsyaAllah~

So, to all beautiful muslimah out there
Hold back tears
Strengthen your spirit
Fight against the whisper
Ahah! We can do it!
Not to forget..and smile :)

You choose :)

2 comments:

  1. aku xsure la aku faham ka x =p=p=p

    xpalah abaikan... btw aku suka entry ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. kak hanann, chantekkss entri ni. chuwaaaa! <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...