Thursday, July 19, 2012

Metallica VS Syeikh Sudais??

Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut Ramadhan Kareem
Esok jumaat
Lusa sabtu
Sabtu=puasa!
InsyaAllah..

Tadi Timah naik kereta abang Timah
Timah tahu abang Timah ada CD metallica
Timah pun mencari2 CD
*sigh*
Mamat ni tak suka menulis kot gamaknya
Dalam banyak2 CDnya semua tak bertanda
Haih

Timah aci redah ja
Terus pasang satu CD yg dirasakan ada aura heavy metal di situ
Insert CD...
Loading...
Playing...

Allah...terus Timah usap dahi

Timah nak dengaq metallica sebab Timah nak tenangkan fikiran
Timah nak dengaq metallica sebab Timah rasa jiwa Timah serabut
Timah nak dengaq metallica sebab Timah rasa nak buang semua masalah dalam kepala Timah
Timah nak dengaq metallica atau apa2 lagu versi heavy metal yakni lagu How Do I nyanyian LeAnn Rimes diheavy metalkan Timah akan layan

Tapi apa yang Timah dengaq ketika itu hanyalah ayat Al-Quran
Surah Al-Buruj yang nyata Timah hafal untuk periksa akhir tahun
Yang nyata jugak Timah hafal maknanya sekali untuk mendapatkan khuyuk untuk waktu solat
Timah taknak menangis
Timah tahan air mata dah lama
Sumpah Timah sedih
Sumpah Timah dah tak tahan
Akhirnya Timah teresak2 dalam kereta
Timah dah lama keraskan hati
Nak tunjuk kuat
Sebenaqnya Timah lemah
Selemah2 insan

...Demi langit yang mempunyai buruj (gugusan bintang-bintang). 
...Demi hari yang telah dijanjikan. 
...Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan. 
...Telah binasa orang yang membina parit. 
...Api yang menyala-nyala. 
...Ketika mereka duduk didekatnya. 
...Dan mereka menyaksikan atas apa yang mereka perbuat terhadap orang yang beriman. 
...Dan mereka tidak menyeksa antara mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hamid (Maha Terpuji). 
...Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, dan Allah atas segala sesuatu adalah al-Shahid (Maha Menyaksikan).


 ...Sesungguhnya orang yang membuat fitnah terhadap orang Mukmin dan Mukminat, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka adalah azab bakaran. 
...Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka jannah (taman/syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang besar. 
...Sesungguhnya pembalasan Rab (Tuhan) engkau amat keras. 
...Sesungguhnya Dia (Allah) yang memulakan penciptaan dan Dia (Allah) yang mengulangi. 
...Dan Dia (Allah) adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Wadud (Maha Pengasih). 
...Yang memiliki ‘Arash, lagi al-Majid (Maha Terpuji). 
...Yang berbuat apa yang Dia (Allah) kehendaki.

...Apakah sudah datang kepada engkau berita (tentang) bala tentera? 
Fir’awn dan Samud? 
...Bahkan orang kafir itu sering mendustakan. 
...Dan Allah mengepung mereka dari belakang. 
...Bahkan ia (yang mereka dustakan itu) adalah al-Quran yang mulia. 
(Tersimpan) dalam Lawh-Mahfuz (tempat bertulis yang terpelihara).

Allah macam nak tegur Timah bahawa hanya Allah yang memberi ketenangan
Allah tak mahu Timah terus lalai dengan ujian yang Allah beri
Allah rindu nak dengar rintihan hati Timah yang lepas solat selalunya Timah rush up sebab nak kejar notification facebook
Allah...Allah...Allah...

Allah..ampunilah dosa hambu-Mu yang kadang2 leka dan lalai dari mengingati-MU..
Ameen ya Rabb

Add caption
P/S: Timah mintak maaf ya kalau tulis apa2 yg mengguris hati :)

4 comments:

  1. best ka metallica? haha xpnah dgr...

    *selamat posa*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la metallica daripada mak cik avril lavigne tu

      haha
      ok terima kasih
      same goes to you

      Delete
  2. kahkah xdanya...avril tetap di hati =p

    *ritu kat husein dgn kawan aku.. aku kata kat dia "eh tu mcm kawan aku, timah." merujuk kpd seorang random purdah.. lepas tu baru teringat hg dok senang lenang kat msia nuu.. hahah

    ReplyDelete
  3. bolehla avril lavigne
    way much better than lady gaga

    aku rasa ramai ja pakai purdah kat mesir
    buleyh plak hg nak cam aku
    Aksi berani mati tu..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...