Thursday, January 19, 2012

Alkisah di suatu malam pt 1

Hari tu hari raya haji yang ke berapa ntah
Raya Kedua if I'm not mistaken
Biasalah hidup di perantauan nih
Menagih kasih sayang akak2 senior jelah
Kisahnya bermula...

Pada suatu hari
Timah dan rakan2 hendak beraya ke rumah sahabat handai
Timah berasa rugi jika tidak beraya ke semua rumah2 yang ada
maka Timah pun decide nak pi melawat rumah2 bakan yang ada di sekitar bumi mesir ni

Timah bersama Bedah dan juga Peah
Mula2 mereka berasakan bahawa Bedah lagi tua dan manja
maka seharusnya
Pulang ke kampung Bedah dahulu
Yakni rumah Perak
 Mereka pun makan dengan senang hati di sana

Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan
ke kampung Timah
iaitu rumah Bakan Jelapang Padi
Mereka sekali lagi makan dengan senang hati

Lagi sekali mereka ke kampung Peah pulak
Ke RKB
ni nama canggih sikit
RUmah Kelantan BAru
Fuyyoh!

Di sini berlakunya sesuatu..
Jeng...jeng...jeng...
Timah berasa tidak sedap perut
Tengah hari dia tidak menjamah apa2 makanan
Tiba2 malam tu hentam makan 3round nasi
Pergh..
Mantap Timah

Disebabkan apabila siang menginjak ke malam
Maka perkhidmatan musyrif perlu untuk ke mana2
Timah dah berasa semak kepala hotak dan perut
Apabila mendengarkan akak Tipah berkata musyrif RKB lagi sejam baru available
Mau berguling2 saja di RKB tu ha

Perut dah memulas2
Terasa mahu memuntahkan segala daging unta+biri2+kibas
Hati memujuk
Jangan pengsan
Jangan pengsan

Tiba2..
Timah yang dalam keadaan separuh sedar tu
Mendapat satu idea bernas
Ha!
Apakah itu?
Dia segera mengecall hero tambahan demi menyelematkan perut yang dah semakin kritikal

"Tut..Tut..Tut..."
Angkatlah! Chek dah hangin perut nih
Jangan bagi angin satu badan

dan...
"Helo assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh"
Tudya haih
Semput aku nak menjawab
"Waalaikumussalam doktot. nak mintak musyrif nak balik dari RKB ke Asyir boleh?"
Timah pun bernada lembut walau perut dah sakit ke petala 8
"Eh, kan musyrif kat RKB tu banyak. Kenapa tak mintak sorang tolong hantarkan?"
"Iya doktot. tapi.."
Tapi apa Timah?"
"Tapi depa tu mai lagi sejam doktot!"
Ha! terkeluaq habeh slang kedah yang disimpan sejak azali
"Oh..takbleyh tunggu ya?"
Timah rasa nak menangis sekarang jugak
Aku nak balik!
"Takpala doktot, kami cari orang lain."
Terus Timah merajuk dengan semua musyrif yang ada....

Ha3...
Lepas tu...
Apa yang terjadi pada Timah yang sakit perut itu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...