Thursday, February 23, 2012

Cukup 3x salam, lepas tu memang aku wassalam!

Assalamualaikum wbt.

Semua sihat?
Alhamdulillah hari ni Timah sihat seadanya
Dengan izin Allah
Well..hari ni Timah nak bercerita
Benda alah ni jadik minggu lepas
Lepas daripada kejadian tu
Timah insaf 2hari
Lepas tu Timah buat perangai balik
ha3

Cerita dy cenggini
Timah keluar malam hari tu
Dengan kawan
AdA tuisyen la kan
Timah dengan housemate Timah lagi 4orang
Kami pun berjalan2 menuju rumah bakan KL
Dan bertuisyen dengan penuh rasa kepenatan sebab tak rehat dari pagi
Pastu kami nak balik kami berpecah
2 dengan 3
Timah dengan sorang lagi kawan
Pastu lagi 3orang housemate ke tempat lain
Biasalah, kami ni ni ninja
Tak payah guna musyrif pun balik
Bagi yang tatau
Musyrif tu macam penjaga la
KAt mesir kalau akhawat nak keluar malam kena guna perkhidmatan musyrif
Tapi Timah Malas nak call sebab awal lagi kan tyme tu
Dalam pukul 8.30 kalau tak silap
Kami keluar dari tempat tuisyen tu dah nampak dah Musyrif Idaman Malaya yang Timah cerita sebelum nih
Kalau nak tau cerita sebelum ni sila klik sini dan sambungannya di sini jugak!
Timah rasa slumber la sebab Timah dengan penuh keyakinannya pasti bahawa MIM tu tak kenal Timah sebab Timah dah berniqab
So, Timah tunggu line clear dulu
Pastu CHOW!
ha3..
Sepanjang perjalanan ke tempat tunggu bas
Timah gelak ketawa mengenangkan ke'terer'an Timah melarikan diri daripada MIM
Pastu Timah pun naik bas
Bas tu pun berjalan
Dan...
Berhenti, tengok2 ada penumpang lain yang nak masuk
Timah malas nak pandang
Selalunya orang Arab la kan
Pastu Timah ralit baca quran
Sehinggalah Timah terdengar suara orang Melayu bercakap2 di belakang Timah
Timah pun kalihla
Tengok2..hA!
MIM tu belakang Timah
Memang betul2 belakang Timah
Tapi nasib dy tak pandang Timah
Dia pun ralit dengan henset dy
Timah terus buat ala2 James Bond, menyelinap ke sana
Menyeludup ke sini
Ha3. macam orang tak betul Timah dalam bas malam tu
Takut terkantoi

Pastu nak sampai umah dah
Nasib MIM tu turun awal
Maka aksi jebon tu dah habehla
Maka Timah pun lega la
Timah pun bersuka ria pulang ke rumah

Pastu nak dijadikan cerita
Farah nak singgah kedai la pulak
Timah malas nak masuk kedai tu
Timah tunggu ja kat luar sambil memeluk tubuh
Sejuk beb
Tiba2...

"Assalamualaikum..." Timah dah terkeluar anak mata
 "Assalamualaikum..." Timah dah ta sedap duduk. Dalam hati sempat lagi cakap, 'dy tak kenal aku nih..'
Kali ketiga punya salam memang paling mantop!
"Assalamualaikum ni Dr. Timah kan.........??" Terus Timah lipat maut 90 darjah sambil menjawab
"Waalaikumussalam wbt. Dr." Gila! Mana dy tau tu aku?!
Ya Allah rasa macam nak mati ja tyme tu
memang kantoi maut la!
Timah senyum ja
Taktau nak kata apa
"Musyrif mana Timah?" Timah senyap.
"Musyrif mana? Hei..Orang Arab yang sebelah tu?" Kebetulan ada orang Arab sebelah Timah tyme tu
Timah senyap lagi. Timah menunduk ja. rasa kerdil. hu3
"Kan dah pesan banyak kali kan. Guna musyrif kalau na keluar malam..bla..bla..bla..bla..bla.."
Timah mendengar dan membuat pandangan mintak simpati
Tapi of course tak dilayan!
Ha3. padan muka kau Timah, sapa suruh tak pandai cover
Tapi ada satu part Timah terpotong kata2 dy
"Dr. ni patah balik semata2 nak menegur kami ka?"
Mau terkedu MIM tu mendengar ayat Timah
Tapi kejap jelah
Pastu sambung lagi.
"Prevention is better than cure." Timah angguk2 ja.
Tapi ayat last dy buat Timah terharu
"Kalau ada apa2 call ja saya. InsyaAllah saya ada."
Ho3..Timah rasa bersalah sangat.

Balik tu cerita kat kawan
Mau depa gelak guling2
Malam tu siap post kat wall

Pergh..itu menyakitkan hati ya tuan2 dan puan2
Ha3. tapi apa ek?
Eden pun dah lupa
Haih..mak call tadi kata jaga diri
Timah bukan takmo guna musyrif
Timah malas nak call ja
Ada ja kadang2 Timah redah keluaq malam2
sorang2
Sebab Timah malas nak call musyrif
Tau MALAS!
Tapi tak boleh macam tu kan?
Anak dara jatuh hukum haram kalau keluar berseorangan tanpa ditemani mahram
Hu3
Timah sedar tu
Tapi Timah tak sedar diri lagi
ha3
ok dahla
Ni ja yang dapat Timah cerita buat masa sekarang
Nanti kalau ada apa2 scene yang hot2 Timah cita ok ;)

May Allah bless you and I
Lots of love from me
Timah in the House

P/S: Ni fes tyme Timah dengaq kat masjid Azhar lepas talaqqi habes
Allah..Allah..Allah..
Memang menitis air mata Timah dengar terjemahan dy di samping alunan suara yang merdu
Cuba arr dengar. bes2

Qasidah Muhammadiyyah

2 comments:

  1. dr timah, bolehkah saya mndapatkan qasidah muhammadiyyah tu dalam bntuk bukan utube? sini block....:(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...