Friday, February 10, 2012

Revolusi Syria

Assalamualaikum wbt.

Dah lama rasanya nak tulis pasal benda alah nih
Tapi ALhamdulillah baru ada kesempatan

Untuk menulis revolusi yang sangat panjang masanya
Memerlukan kajian yang sangat mendalam

Syria
Ayuh kita dalami apa yang terjadi di Syria sebelum kita boleh bertindak lebih lanjut
Adalah sia2 untuk kita terus menyerang tanpa tahu hujung pangkalnya an?

Revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad

Punca Revolusi SYRIA.
Puncanya berlaku apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah

 RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.

Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.
Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka .
Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini.
Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.
Lantas berlakulah revolusi di Syria. Rakyat Marah.
1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.
Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya. Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat. 
2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad.
Tapi semestinya umat Islam tidak akan mengalah dengan begitu sahaja.
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka.Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini. KECUALI  Dr Sa’id Ramadhan al-Buti yang nyata menyokong rejim laknat Bashar

Menurut Dr. Syeikh Khalid Hassan al-Hindawi:


Ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.





Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.

Link2 yang berkaitan:
1) Keterangan oleh Syeikh Dr. Khalid Hassan al-Hindawi
2) Timeline of Syria Revolution Video
3) Interactive Timeline of Middle East protests
4) Facebook Pages Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria
5) History of Al-Assads family

Dr. Timah says:
Oh Allah, Engkau selamatkanlah saudara2 Islam kami di sana.
Sungguh kami tidak boleh menyentuh mereka secara realiti
Tetapi hati kami bertaut atas nama agamu-Mu ya Allah
Betapa kami mendengar rintihan tangisan mereka
Dalam kalbu menyentuh sanubari
Air mata ini tidak mahu dianggap sia2 wahai Sang Pengadil
Doa kudusku sahaja yang boleh kukirim
Bersama angin bayu simpati...

Memang kita hanya boleh melihat dari jauh, tapi jangan lupa, doa kita sentiasa bersama mereka. Kerana doa itu senjata orang mukmin.

2 comments:

  1. MasyaAllah hannan..
    syukran tulis post ni..dah lama x dgar brita pasal syria ni..last time kak naqibah crita..sgt2 tragis..

    kak naqibah tu cakap presiden syria ni umpama firaun zaman millennium

    ReplyDelete
  2. afwan ya habibi.
    tragis farhanah.hannan tengok gambar2 dy, menangis hannan
    kejamnya rejim bashar tu..
    hanya doa yang boleh kita hulurkan farhanah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...