Friday, May 4, 2012

Sumpahan Dark Varder

Assalamualaikum wbt

Fuh
Fuh
Fuh

Percayalah
Semakin dekat nak exam
Semakin Timah rasa rajin nak ngadap blog yang cikai nih

Muahahahahahahaha

Ni namanya sindrom orang tak ketahuan

Bila kadar nak online lagi tinggi dari kadar nak baca buku
Mulalah ada makhluk yang berbisik2

"Online la...Online la.., ramai kawan2 mu menunggu di fb tu..."
Ahh...
Ni namanya nak kena jana semangat Obi Wan Kenobi untuk melawan bisikan halus Dark Varder
Oh
Timah dah start merapu!

Timah takdaklah layan bebenorr Star Wars
Tapi cambest ja

Cuba anda bayangkan, meh sini Timah buat equation
Timah cukup pro bab2 na mencipta equation baru yang tiada berlinear mahupun quadrat
malas=Dark Varder
Timah=rajin=Obi Wan Kenobi




Ok
Get ready
Siap sedia pedang biru

Ting2
Gedegang
Boom kebaboom!
Splash!

Meoww....

Erk???

Oh..iklan sebentar
To be continued...

Sambung kembali

Dush
Ping
Pong

Oleh sebab kuasa Obi Wan Kenobi semakin lemah
Dia mengumpulkan segala2 tenaga yang ada

Kuey....pow...hey......
Tak sempat nak menghabiskan aura yang terakhir
Terus Dark Varder datang dan menjentik hidung Obi Wan Kenobi
Serta merta OBK tumbang

Aiseh...

Ok, Timah dah banyak merapu

Tapi itulah realitinya
Seperti nafsu malas cuba menguasai kita
Ataupun bisikan halus syaitan yang tidak pernah lalai dalam melakukan tugasnya
Tengok

Syaitan pun komited dgn kerja dy
Kita sebagai orang Islam? Bagaimana pula?

Allahuakbar...

Fikirkan2

Syaitan pernah berjanji di hadapan Allah bahawa:

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah" . Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
(An-Nisa:119)

Maka tak hairanlah syaitan tidak membuang masa dalam menyebarkan dakyah kepada kita apabila memang termaktub janjinya kepada Allah
Sekarang hanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada untuk cekal mengawasi iman dan aqidah melalui onak duri ranjau untuk ke syurga
ATAU
Hanyut ditelan bisikan halus lagi mempesona dek keindahan dunia yang sementara

Makanya di sini

Tepuk hati, tanya iman 
:D

Salam sempoi dari mesir

2 comments:

  1. ha ah la timah kan? time2 exam ni la idea mencurah ke ladang gandum....

    dengan kuliah tangguh..exam pun tangguh.. cuti banyak..

    the makhluk berbisik part is true =p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...